Monday

Cara yang paling cepat nak beli rumah dari PEMAJU.



Salam Tahun Baru Cina (in advance), Hari ini saya nak kongsi cara yang maybe ada yang dah tahu. Tapi banyak yang belum tahu. Apa yang selalu kita buat dah banyak orang buat ialah kita akan tunggu iklan rumah baru dari pemaju keluar surat khabar. Dari situ kita call pemaju tanya pasal rumah berkenaan. Bila ada unit yang menarik perhatian kita. Kita akan cakap nak pergi tgk rumah contoh. Lepas puas hati lihat rumah contoh, kita pun letak duit untuk booking. Lepas tu buat loan. Lepas tu pulak macam biasa la prosesnya.

Tahu tak (andalah tu) dah terlambat !!!, ya memang dah terlambat.

Semua unit yang best-best seperti corner lot, end lot, tempat yang stategik semua orang dah ambil. Anda mesti kata, macam mana boleh jadi begini, kan dia baru jer iklan kan. Tak akan dah habis. Memang belum habis, Cuma unit yang best-best dah dikebas orang walaupun anda datang pada hari pembukaan.

Ok, ni lah step yang saya belajar. Kepada sesiapa yang nak beli dari pemaju rumah. Di nasihatkan untuk daftar nama dengan PEMAJU itu dulu. Contoh anda nak beli hartanah di kelana jaya. Anda dah tahu PEMAJU nya. Daftar dengan syarikat PEMAJU tu walaupun PEMAJU tu belum ada projek terbaru di kelana jaya. Apabila PEMAJU ada jer projek baru, ANDA adalah orang yang pertama akan menerima CALL dari PEMAJU walaupun belum di iklankan. Haaaa teruja tak !!!. Kadang kala ada pemaju yang buat “soft launch” kepada yang orang berdaftar dengan PEMAJU dulu. PASTI ada orang yang akan beli dan akan pilih unit-unit yang baik-baik.

Apabila ANDA dating pada hari LAUNCHING yang sebenar, peluang anda masih ada tapi untuk dapat unit yang baik-baik agak kurang la. Mana pilihan anda? “Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat” heheeheh. Saya harap tip ini akan di praktikkan buat kesejahteraan semua

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: