loading...
Cadangan sambungan laluan LRT untuk Aliran Kelana Jaya | Farred Property
RSS

Cadangan sambungan laluan LRT untuk Aliran Kelana Jaya



Cadangan sambungan laluan LRT untuk Aliran Kelana Jaya akan bermula dari Lembah Subang - Pusat Perniagaan Kelana, melalui Subang, USJ, Alam Megah dan berakhir di hab Putra Heights. Cadangan laluan ini terdiri daripada 13
stesen baru dan landasan yang jaraknya hampir 17 km.

Cadangan sambungan laluan LRT untuk Aliran Ampang akan bermula dari Stesen Sri Petaling, melalui Puchong, Kinrara dan berakhir di hab Putra Heights. Cadangan laluan ini terdiri daripada 13 stesen baru dan landasan yang jaraknya hampir 17.7 km.

Kesemua stesen akan dilengkapi dengan kemudahan seperti lif, eskalator, telefon awam, surau dan tandas awam. Stesen-stesen juga menyediakan kemudahan untuk golongan kurang upaya (OKU) seperti 'ramp', lif, 'tactile', kaunter tiket berparas rendah dan tandas awam.

Menurut kebiasaannya harga beli/sewa rumah, apartment, kondo akan naik jika berada dekat dengan kemudahan awam. Jadi saya menjangkakan jika ada rumah, apartment, kondo yang berada dekat kawasan ini akan mendapat limpahan yang positif disebabkan cadanagn sambungan laluan LRT ini. Kepada sesiapa yang bercadang ingin memiliki rumah, apartment, kondo mungkin tempat berdekatan LRT boleh anda pertimbangkan.

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Terima Kasih kerana Sudi Membaca
Judul: Cadangan sambungan laluan LRT untuk Aliran Kelana Jaya
Ditulis Oleh farid idris
Saya harap berikan link yang menuju ke artikel Cadangan sambungan laluan LRT untuk Aliran Kelana Jaya ini. Sesama blogger mari saling menghargai. Terima kasih atas perhatiannya
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: