loading...
Kenapa Harga Siling Bagi Pinjaman Penuh Perumahan Kekal RM220,000. | Farred Property
RSS

Kenapa Harga Siling Bagi Pinjaman Penuh Perumahan Kekal RM220,000.


Kenapa Harga Siling Bagi Pinjaman Penuh Perumahan Kekal RM220,000.


Kerajaan masih belum bercadang untuk menaikkan harga siling bagi rumah-rumah berharga daripada RM220,000 hingga RM350,000, yang tidak memerlukan bayaran pendahuluan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.

Chor berkata beliau telah mencadangkan perkara itu kepada Kabinet Disember lepas tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang jika harga siling itu dinaikkan, ia boleh menimbulkan lebih banyak masalah daripada manfaat kepada para pembeli dalam tempoh jangka panjang.

“Perdana Menteri merasa bahawa jika kita naikkan harga kepada RM350,000 para pembeli yang mempunyai skim gaji bagi jumlah itu (kurang daripada RM3,000) mungkin tidak dapat membayar balik dan ini boleh menyukarkan pembeli.

“Jadi, ia bukan masa yang baik bagi menaikkan had itu. Ianya masih pada RM220,000,” katanya kepada pemberita di sini ketika ditanya perkembangan cadangan itu.

Cadangan itu dibwa kepada perhatian Kabinet berikutan kebimbangan dan cadangan dari para pengguna bahawa skim pada masa ini tidak mencukupi.

Inisiatif di bawah Bajet 2011 itu adalah bagi menggalakkan pembeli rumah kali pertama dengan pendapatan isirumah kurang daripada RM3,000 untuk membeli rumah kurang daripada RM220,000, tanpa perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan.

Skim itu dijangka berkuatkuasa dari 1 Jan tetapi sesetengah pembeli rumah mengadu bahawa ia tidak dilaksanakan lagi.

Chor juga meminta lebih ramai pemaju dan kontraktor di negara ini supaya mengguna pakai sistem penilaian kualiti yang diiktiraf antarabangsa seperti Sistem Penilaian Kualiti Pembinaan (Conquos) oleh Pihak Berkuasa Pembinaan Bangunan Singapura atau Sistem Penilaian Kualiti Malaysia dalam Pembinaan (Qlasssic).

– BERNAMA

Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

Terima Kasih kerana Sudi Membaca
Judul: Kenapa Harga Siling Bagi Pinjaman Penuh Perumahan Kekal RM220,000.
Ditulis Oleh farid idris
Saya harap berikan link yang menuju ke artikel Kenapa Harga Siling Bagi Pinjaman Penuh Perumahan Kekal RM220,000. ini. Sesama blogger mari saling menghargai. Terima kasih atas perhatiannya
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: