Thursday

Lelong 3x…Ni Rumah Lelong bukan rumah “ALONG” sapa nak beli?


Lelong 3x…Ni Rumah Lelong bukan rumah “ALONG” sapa nak beli?

Selamat pagi semua, hari ni nak share sikit pasal rumah lelong. Memandangkan banyak yang bertanya. So ni serba sedikit info. Korang ingat tak satu adegan dalam filem P. Ramlee, Tiga Abdul, di mana Abdul Wahab dan Abdul Wahid dilelong kerana bangkrap. Dalam adegan tu pelelong menjerit LELONG, LELONG, LELONG sambil memegang loceng

Ni yang aku nak cerita ni, baru-baru ini sewaktu aku ke Kompleks PKNS Shah Alam, aku nak tergelak kerana aku terjumpa ‘adegan’ yang lebih kurang sama tetapi kali ini yang dilelong bukannya orang, tetapi rumah…akak yang jadi tukang lelong tu bukan main cantik lagi beb

kat sini aku nak share ngan korang betapa untungnya beli rumah lelong, terutama bagi mereka yang nak save bajet, hah pada yang baru start kerja dan dok tercari-cari nak beli rumah tu meh dengar nasihat abang ko ni chewah

sesebuah rumah tu mungkin dilelong kerana banyak sebab, yang paling utama sebab pembeli asalnya dah tak mampu bayarlahkan. Untungnya korang beli rumah lelong ni sebab harganya CONFIRM bawah market price, jadi bila rumah tu murah, bayar bank pun tentulah lebih rendah, maknanya korang untung DUA KALI GANDA

meh aku buat calculation kat korang;

Contohnya sebuah apartment di Shah Alam harga jualan sebenar ialah RM100K, oleh kerana lelong, aparment ini dilelong pada harga 56K sahaja. So beza harga sebenar dengan harga lelong 46K.

Duit sebanyak RM46K tu kita sudah jimat. Duit ni kita boleh renovate umah, baiki mana yang rosak. RM46K itu banyak dan jika kita renovate rumah, RM46K dah lebih mencukupi.

Bayar lawyer pun kalau RM54K adalah lebih kurang RM4K sajork.

Tak per lagi sebab harga rumah di bawah market price. So kalau korang ambil loan bank RM56K selama tujuh tahun, basically sebulan korang bayar dalam rm245 sahaja. woww… murah tak?

Tapi aku difahamkan ramai orang Melayu yang tak suka beli rumah lelong, yang depa dok target rumah baru je (mahal pun takpe!) Ni yang payah ni.

TETAPI, beli rumah lelong ni ada kelemahannya juga. Ada rumah lelong yang dah macam pondok buruk (maklumlah dah lama terbiar), ada yang lokasinya punyalah jauh macam tempat jin bertendang.Ada juga rumah lelong yang banyak tunggakan, bil apilah, bil airlah, bil Indah Waterlah dan macam-macam lagi, so make sure sebelum nak beli, korang check dulu semua benda tu

Berbalik pada majlis lelong tadi, aku perhati je macam mana lelongan tu dibuat. Harap boleh bagi info sikit pada korang yang teringin nak beli rumah lelong ni

Pertama sekali korang kena bawa siap-siap duit deposit, boleh guna Bankers Cheque, kredit kad atau wang tunai. Sselalunya lima peratus atau 10 peratus daripada harga rezab. Then korang kena daftar diri sebagai pembida.

Pastu korang kena pastikan juga nombor lelongan hartanah sama dengan hartanah yang ingin dibida dan cuba elakkan daripada memaklumkan kepada orang tidak dikenali mengenai hartanah yang ingin dibida dan harga tertinggi yang sanggup korang bida. Ini bagi mengelakkan maklumat korang diketahui pihak lain di lelongan berkenaan. Actually kalau korang nak pakai ejen pun boleh.

sungguh-sungguh tul akak ni nak lelong rumah

Selepas lelongan bermula, korang akan diberikan nombor pengenalan bidaan untuk membuat bidaan apabila giliran hartanah yang ingin dibida tiba. Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah itu sebelum bidaan dimulakan pada harga rezab. Mereka akan mengumumkan jumlah kenaikan setiap bidaan jika terdapat lebih dari satu pembida, contohnya kenaikan RM1,000 pada setiap bidaan.

Korang hanya perlu menunjukkan nombor bidaan korang apabila ingin membuat bidaan. Selalunya nombor tu dilekat kat satu papan macam bad ping pong

gua mau itu rumah! gua mau itu rumah!

Lelongan akan berhenti apabila tiada lagi persaingan untuk bidaan.Selepas tiada lagi pembida yang memuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga tiga kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup serta mengumumkan pembida yang berjaya.

Pembida yang berjaya kemudian dikehendaki menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong.So dalam tempoh 90 hari, pembeli dikehendaki menjelaskan baki harga jualan sama ada dengan mendapatkan pinjaman ataupun membayar tunai.

Mudah tak? Bagi aku inilah cara terbaik sekiranya kita ingin membeli rumah yang selesa tetapi dengan harga yang cukup murah

Apapun macam biasalah, sebelum apa-apa dapatkanlah dulu nasihat daripada orang yang berpengalaman…bukan apa, kang daripada nak beli rumah lelong, korang pula yang kena lelong!

Selamat Mencuba.


Allah is always by your side, Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah

No comments: